Gabungan Alumni Pusat Islam

Gambar perkahwinan lokman hakim dan norwahida

Jejak Ukhwah 2011

jejak Ukhwah 2011 telah berjaya dilaksanakan di Mesra Chalet, Teluk Senangan, Perak

Pusat Islam Politeknik Sultan Azlan Shah

Pusat Islam Politeknik Sultan Azlan Shah

Lawatan Ke Rumah Anak Yatim Darul Ehsan 2011

lawatan Rumah Anak Yatim Darul Ehsan 2011

Konvoi Raya Zon Tengah 2012

Konvoi Raya Zon Tengah 2012

Search This Blog

Tuesday, December 25, 2012

KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN

Jika kamu boleh menggembirakan orang yang berduka, maka lakukanlah meskipun hanya dengan senyuman.





Hati yang sedih sangat memerlukan bantuan, biasanya apa yang terjadi kerana tiada kemampuan untuk mengatasi kesedihan yang membuat diri-nya memerlukan seseorang yang sudi mendengar curahan hati. Seseorang yang memberi nasihat dengan disertai rasa kasih sayang, atau orang yang dapat mengubah kesedihannya. Suatu ketika sebahagian dari kita juga
amat memerlukan orang yang boleh mengubah kesedihan yang menimpa kita dengan kesenangan.

Sebahagian dari kita pada waktu sakit memerlukan orang yang mahu menjaganya, memenuhi keperluannya dan merasakan kepentingannya. Juga ketika dalam pelbagai kesusahan yang menimpa dalam hidup. Jadi untuk itu janganlah kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada
yang memerlukan. Tidak kira cara pertolongan dari kita mengikut kemampuan samada harta, tenaga, sokongan moral atau apa saja sekurang-kurangnya mereka merasakan masih ada yang peduli tentang diri mereka. Hidup kita seperti roda yang berputar.

Waktu kita berbahagia, ingatlah ada orang lain yang berduka. 
Waktu kita berbahagia, ingatlah ada orang lain yang berduka.