Gabungan Alumni Pusat Islam

Gambar perkahwinan lokman hakim dan norwahida

Jejak Ukhwah 2011

jejak Ukhwah 2011 telah berjaya dilaksanakan di Mesra Chalet, Teluk Senangan, Perak

Pusat Islam Politeknik Sultan Azlan Shah

Pusat Islam Politeknik Sultan Azlan Shah

Lawatan Ke Rumah Anak Yatim Darul Ehsan 2011

lawatan Rumah Anak Yatim Darul Ehsan 2011

Konvoi Raya Zon Tengah 2012

Konvoi Raya Zon Tengah 2012

Search This Blog

Tuesday, December 25, 2012

KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN

Jika kamu boleh menggembirakan orang yang berduka, maka lakukanlah meskipun hanya dengan senyuman.





Hati yang sedih sangat memerlukan bantuan, biasanya apa yang terjadi kerana tiada kemampuan untuk mengatasi kesedihan yang membuat diri-nya memerlukan seseorang yang sudi mendengar curahan hati. Seseorang yang memberi nasihat dengan disertai rasa kasih sayang, atau orang yang dapat mengubah kesedihannya. Suatu ketika sebahagian dari kita juga
amat memerlukan orang yang boleh mengubah kesedihan yang menimpa kita dengan kesenangan.

Sebahagian dari kita pada waktu sakit memerlukan orang yang mahu menjaganya, memenuhi keperluannya dan merasakan kepentingannya. Juga ketika dalam pelbagai kesusahan yang menimpa dalam hidup. Jadi untuk itu janganlah kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada
yang memerlukan. Tidak kira cara pertolongan dari kita mengikut kemampuan samada harta, tenaga, sokongan moral atau apa saja sekurang-kurangnya mereka merasakan masih ada yang peduli tentang diri mereka. Hidup kita seperti roda yang berputar.

Waktu kita berbahagia, ingatlah ada orang lain yang berduka. 
Waktu kita berbahagia, ingatlah ada orang lain yang berduka. 

Saturday, November 24, 2012

Sedekahkan Al-Fatihah kepada ayahanda Ahmad Syawal yang telah meninggal dunia pada 11/11/2012

Assalamualaikum< Untuk pengetahuan semua sahabat Gapi, Sahabat yang kita sayangi Ahmad Syawal bin zainal (timb.Pengerusi GAPI sesi 2012/2013)telah kehilangan ayahanda tercinta pada petang td (11/11/12) . Diharap bendahari, Ajengsyafaatun Bisri, dapat melakukan kutipan derma memudahkan sahabat kita... Innalillahi wainna Illahi roji'un..mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada ayahanda syawal mudahan dipermudahkan segala urusan dialam barzakh dan akhirat



SEGALA SUMBANGAN BOLEH DI BERI MELALUI BENDAHARI   Ajengsyafaatun Bisri  (0194427768) ATAU TERUS KEPADA AHMAD SYAWAL (0134037082)
Bank Name:Cimb
Account Name:Ajengsyafa'atun Binti bisri
Account No 14190002061200

boleh bank in kepada akaun khas Gapi juga untuk membantu sahabat kita syawal, dan sila maklumkan sekiranya ada kepada sy

Terima kasih atas keprihatinan sahabat2

Friday, November 23, 2012